Friday, September 30, 2016

BAB 10 : PENYESUAIAN SOSIAL

10.1 KEMAHIRAN INTERPERSONAL
















Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu.  Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.

Berikut merupakan panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu.


  • Pastikan matlamat yang hendak dicapai dengan jelas
  • Setiap manusia tahu apa yang mereka perlukan. Kita hendaklah mempunyai matlamat yang praktikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri. Dengan adanya kemahiran yang mantap dan mutu diri yang baik membantu mencapai matlamat tersebut.
  • Membuat keputusan sendiri
  •   Kita hendaklah membuat keputusan sendiri dan tidak meniru keputusan orang lain kerana hanya kita sahaja yang tahu tahap kemampuan diri. Mereka juga perlu bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil.
  •  Membayangkan hasil yang diharapkan
  •   Kita perlu membayangkan hasil yang baik dalam setiap apa yang hendak dicapai dan berusaha untuk mendapatkan hasil yang dibayangkan dengan berfikiran positif.
  •  Membentuk kemahiran profesional
  •  Kemahiran profesional yang kita bentuk akan mengukuhkan konsep kendiri kita dan akan bertambah yakin dalam melakukan sesuatu perkara.
  •    Menggunakan kaedah sokongan
  •  Melalui cara psikologi, kita hendaklah membelai diri kita dengan ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas hasil dan prestasi yang telah dilakukan.
  •  Menerima hakikat kelemahan diri.
  •   Setiap individu perlu menerima kelemahan diri sendiri.




10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL




















Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri.  Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran sendiri
dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.



10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.

Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.





10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT

Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.

a. BLOG

 Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber maklumat internet.
 Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
 Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.
 Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.

b. FACEBOOK
Kelebihan facebook : Mempunyai aplikasi chat, video call, upload foto, dan menyediakaan group untuk ahli tertentu.
 Menghubungkan sesama pelajar atau dengan pensyarah yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran.  Menggalakan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.
 Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasakan web.
Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain di facebook.
 Adalah salah satu laman web perkongsian gambar.
 Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
 Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.
 Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.

c. TWITTER

 Siaran teks dengan jumlah 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna Format Tweet yang ringkas.
 Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
 Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.




10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK





Gender: perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.


 Perbezaan bukan dari aspek dari biologikal tetapi juga melalui peranan meraka dalam perjanjian sosial.

 Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.

 Cth: Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang)

 Peranan: membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.

 Peranan: meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.

 Peranan wanita adalah terhad kepada peranan pembantu ( supporting role) kepada kaum lelaki. (tradisional)

 Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya dalam pendidikan pelajar lelaki dan wanit diberi peluang yang sama untuk meneruskan pembelajaran mereka.

 Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.

 Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.

 Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.

 Kegiatan yang negatif menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.

 Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan diamsukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.

 Wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan. Oleh itu, lelaki zaman ini perlu berusaha lebih untuk mencapai taraf yang wanita inginkan.

BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

BAB 9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN


9.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

1) Pentaksiran Sumatif
2) Pentaksiran Formatif
3)Pentaksiran Berasaskan Prestasi
4) Prestasi Internal dan Eksternal


PENTAKSIRAN SUMATIF
     Pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari.

     Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
     Contohnya PBS


PENTAKSIRAN FORMATIF

     Pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera

     Contohnya PBS

PENTAKSIRAN BERASASKAN PRESTASI

Terbahagi kepada dua jenis :

1) PENTAKSIRAN FORMAL( Ujian,kuiz dan esei dan diberikan markah)

2) PENTAKSIRAN TAK FORMAL(melalui kemahiran membaca, kebolehan dan perkembangan
 membaca dapat digambarkan)

     Sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan kepada pencapaian
     Bezanya ialah tugasan yang diberikan didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar
     Contohnya mengecat, memberi ucapan dan membaca



PENTAKSIRAN INTERNAL DAN EKSTERNAL
     Pentaksiran Internal: Ditentukan dan disemak oleh sekolah(guru)

     Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat

     Pentaksiran Eksternal: Ditentukan oleh sesuatu badan atau sindiket atau badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia

     Kertas pentaksiran ditandakan oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka

9.2 PERSEDIAN UNTUK PENTAKSIRAN

TUGASAN INDIVIDU




o Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan nota yang baik
o Pelajar hendaklah membuat ulang kaji
o Pelajar hendaklah membuat, faham nota dan faham nota
o Pelajar hendaklah menyediakan perancangan untuk mengulang kaji

TUGASAN BERKUMPULAN





•1)Secara berkumpulan terokai tugasan yang diberi.Ketua kumpulan menentukan apakah tugasan (aspek-aspek pentaksiran yang perlu diterokai oleh ahli) untuk setiap ahli.  Elok jika kumpulan berbincang dahulu apa yang perlu dilakukan.

•2)Seterusnya bina satu fail projek peta minda pentaksiran, kemudiannya kongsi atau buat kolaboratif dengan ahli-ahli kumpulan .Ahli-ahli kumpulan secara kolaboratif akan melengkapkan peta minda tentang pentaksiran.

•3)Setelah siap, projek kumpulan dibentangkan di dalam kelas, untuk sesi perbincangan dan kritik



INTEGRITI PELAJAR
     Idea yang dipersembahkan haruslah tulen, ciptaan sendiri dan bukan mencuri atau mengambil dari individu lain

BAB 8 : SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)

BAB 8: SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LEARNING MANAGEMENT SYSTEM)





8.1 CIRI-CIRI PENGURUSAN MAKLUMAT

Sistem pengurusan Pengajaran (SPP) merupakan satu sistem yang boleh mengurus aktiviti dan bahan pengajaran yang diperlukan. Secara khususnya, SPP merupakan perisian yang menyediakan kemudahan infrastruktur untuk merancang, menghantar dan menguruskan program e-Pembelajaran. SPP digunakan untuk menyampai, menjejak dan mengurus latihan.

Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran

Sehubungan itu, ciri-ciri utama dalam SPP ialah seperti berikut:

• Maklumat mata pelajaran
• Nota kuliah dan pautan kepada berbagai sumber maklumat
• Kemudahan komunikasi
• Kemudahan penilaian


8.2 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT


  • SPP digunakan untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar dan mengesan status penggunaan pengguna.
  • SPP harus dapat melakukan perkara – perkara berikut, antaranya adalah :
  • Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran.
  • Menggunakan perkhidmatan diri dan perkhidmatan sendiri berpandu.
  • Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat.
  • Menggabungkan kaedah latihan pada platform yang berasaskan web yang berskala.
  • Mudah alih sokongan dan standard.
  • Menyesuaikan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan.
  • Meningkatkan muka-muka kelas yang berjadual.
  • Meningkatkan kelas pendidikan jarak jauh yang diajar melalui media lain dan menawarkan kelas hibran.
  • Menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
  •  Pembelajaran boleh dilakukan dimana sahaja dan pada bila –bila masa.
  • SPP melibatkan kos secara efektif. 
  • Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.







8.3 KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN


  1. Antara kepentingan LMS adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.Hal ini membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.
  2. LMS melibatkan penggunaan kos secara efektif.
  3. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar meneroka maklumat baru menerusi perpustakaan secara digital atau laman web.
  4. Melalui penggunaan LMS,pelajar juga berpeluang untuk berbincang dengan pakar dari universiti melalui emel atau blackboard.
  5. Selain itu,LMS dapat memberikan pelbagai kemudahan samaada untuk pelajar,pengurus kursus,tutor,pengurus pusat pembelajaran.

·    


  •  Kelebihan LMS kepada pelajar adalah,dapat merancang pembelajaran,dapat berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan sekelas secara maya dan memboleh pelbagai maklumat didapati.

   

  •  Kelebihan LMS kepada pengurus pusat pembelajaran pula adalah,untuk menguasai penggunaan suatu perisian kursus dan dan dapat menyalur bahan dari pelbagai sumber.

   

  •  Kelebihan LMS kepada pengurus kursus adalah,dapat mendaftarkan pelajar mengikut kursus serta dapat menjalankan program kepada pelajar.


BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER


7.1 PERISIAN UTILITI

DISC CLEAN UP



 DISC DEFRAGMENTER









PERISIAN ANTI-VIRUS


 SISTEM SOKONGAN (BACK UP )
 UTILITI ARKIB (ARCHIEVE)


   UTILITI PEMAMPATAN (compression)



 





UTILITI PENYULITAN (encryption)





7.2 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN

Pemproses perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.


Pemproses perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.

Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti OpenOffice Writer dan KWord turut makin popular.




7.3 PERISIAN HAMPARAN KERJA

Hamparan elektronik, hamparan kerja atau helaian rebak merupakan perisian komputer yang meniru helaian kerja kertas. Ia memaparkan banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel mengandungi sama ada teks angka abjad atau nilai nombor. Sel helaian kerja juga boleh mengandungi formula yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira dari kandungan sel lain (atau gabungan sel-sel lain) setiap kali sel tersebut dikemas kini. Hamparan kerja sering kali digunakan bagi maklumat kewangan kerana keupayaannya bagi mengira semula keseluruhan hamparan secara automatik setiap kali perubahan dilakukan pada satu sel.





7.4 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru mengukuhkan sesi pengajaran, di samping menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru, misalnya dalam aktiviti tunjuk cara, mencerakinkan fakta, dan menjelaskan isi pelajaran. Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio, dan video untuk diintegrasikan dalam membina slaid dan ditayangkan sebagai bantuan dalam sesi pengajaran berlangsung. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengajaran dengan bantuan perisian persembahan masih bergantung pada kemahiran komunikasi guru.




7.5 PERISIAN PANGKALAN DATA

Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data  yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.
-Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi sepertinama, ic dll.





7.6 BLOG

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.


Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.













BAB 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS

BAB 6 : KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS






DEFINISI
Pemikiran kritis melibatkan penggunaan operasi
Kemahiran berfikir asas untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan

difahami dengan jelas.  Analisis hujah perlu dibuat dengan terperinci, objektif, dan gigih

Tujuan
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman
Menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui

KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS

Menganalisis Idea
Menganalisis Hujah

(A) Menganalisis Idea














Menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan cara:
  1. Mengelas
  2. Membanding dan membeza
  3. Meneliti perhubungan bahagian keseluruhan
  4. Membuat urutan

(B) Menganalisis Hujah













Mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang 
mengkomunikasikan idea.
  • Mencari sebab dan kesimpulan
  • Mengusul periksa andaian
  • Membuat urutan
  • Mengatur perkara-perkara mengikut satu susunan berdasarkan criteria yang bermakna.
  • Perkara yang dikaji pula boleh merupakan sesuatu objek, organism, idea, atau institusi.



Jenis-jenis urutan

Urutan abjad - cth : Senarai nama
Urutan masa - cth : Kesultanan Melaka
Analisis operasi - cth : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
Rangkaian sebab - cth : Kepupusan Dinosaur
Kitar - cth : Kitar Oksigen
Pangkatan - cth : Rancangan kerja mengikut keutamaan

BAB 5 : KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA

BAB 5 : KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA


Kemahiran mengambil dan membuat nota

Mengetahui idea utama.
Mengenalpasti maklumat yg sesuai utk ditulis.
Menggunakan cara yg sesuai.

Contoh : outline note , column note
Menggunakan perkataan sendiri.
Mencatatkan sumber maklumat yg diperoleh.
Nota bentuk grafik

Cara-cara membuat nota

1) Annotation











2)Outline Note












3) Column note










4)Nota Rumusan


BAB 4 : TEKNIK MEMBACA

Pembacaan Cepat (Speed Reading)















-Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.

-Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.

-Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.


TUJUAN

-Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.

-Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.

-Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT

-Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.

-Menjimatkan masa dan tenaga.
-Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.

-Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
-Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.


SKIMMING
-Teknik bacaan pantas sementara.

-Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.

-Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.

-Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

-Hanya kepantasan dititik beratkan.

-Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.


SCANNING

-Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.

-Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.

-Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.

-Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.

-Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.



Pembacaan Perlahan Slow Reading
















-Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.

-Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.

-Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.


TUJUAN

-Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.

-Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.

-Menilai dan menganalisis penulisan.

MANFAAT

-Lebih memahamai bahan bacaan.

-Mudah untuk mengingati isi-isi penting.

SQ3R

-Survey   (Teroka)

-Question   (Tanya)

-Read   (Baca)

-Recite   (Sebut)

-Review   (Ulang)



KWLH

-Know   (Perlu Diketahui)

-Want   (Hendak Diketahui)

-Learn   (Telah Dipelajari)

-How   (Cara untuk Belajar)