Kemahiran antara perorangan atau kemahiran interpersonal merujuk kepada algoritma mental dan berkomunikasi yang digunakan semasa komunikasi dan interaksi sosial untuk mencapai kesan atau keputusan tertentu. Konsep asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ialah seperti konsep kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan persekitarannya.
Berikut merupakan panduan untuk membentuk konsep kendiri yang positif ke atas individu.
- Pastikan matlamat yang hendak dicapai dengan jelas
- Setiap manusia tahu apa yang mereka perlukan. Kita hendaklah mempunyai matlamat yang praktikal dan realistik dalam membentuk konsep kendiri. Dengan adanya kemahiran yang mantap dan mutu diri yang baik membantu mencapai matlamat tersebut.
- Membuat keputusan sendiri
- Kita hendaklah membuat keputusan sendiri dan tidak meniru keputusan orang lain kerana hanya kita sahaja yang tahu tahap kemampuan diri. Mereka juga perlu bersedia menanggung risiko daripada keputusan yang diambil.
- Membayangkan hasil yang diharapkan
- Kita perlu membayangkan hasil yang baik dalam setiap apa yang hendak dicapai dan berusaha untuk mendapatkan hasil yang dibayangkan dengan berfikiran positif.
- Membentuk kemahiran profesional
- Kemahiran profesional yang kita bentuk akan mengukuhkan konsep kendiri kita dan akan bertambah yakin dalam melakukan sesuatu perkara.
- Menggunakan kaedah sokongan
- Melalui cara psikologi, kita hendaklah membelai diri kita dengan ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri di atas hasil dan prestasi yang telah dilakukan.
- Menerima hakikat kelemahan diri.
- Setiap individu perlu menerima kelemahan diri sendiri.
10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
Kemahiran intrapersonal adalah keupayaan kognitif seseorang untuk memahami dan mengenali diri sendiri. Kemahiran ini membolehkan seseorang itu mempelajari siapa dirinya, apakah perasaannya, apa yang ingin dilakukannya, apa yang perlu dielakkannya dan mengapa dirinya begitu. Mereka sangat pasti tentang kehendak dan tahap keupayaan sendiri. Individu yang mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Keadaan ini menjadikan mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Mereka boleh menentukan hala tuju kehidupan dan mempunyai prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk pelajar-pelajar anda
memperbaiki kemahiran intrapersonal ialah:
(a) Menyimpan jurnal atau diari;
(b) Menghuraikan perasaannya terhadap sesuatu mata pelajaran;
(c) Menilai kerja sendiri;
(d) Mengisi borang;
(e) Menulis pengalaman manis atau pahit yang pernah dialami;
(f) Menghuraikan kekuatan/kelemahan sendiri;
(g) Melaksanakan projek secara individu;
(h) Menulis berkenaan sejarah keluarga sendiri;
(i) Membuat refleksi secara senyap;
(j) Menggunakan teknik metakognitif(menyedari teknik pembelajaran sendiri
dan dapat menjelaskannya);
(k) Menggunakan kemahiran memerhati atau memfokus; dan
(l) Menggunakan kemahiran menaakul.
10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN
Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan sebagainya.
Komuniti pembelajaran juga adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
Perkongsian melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).Perkongsian dalam kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Boleh dilakukan melalui penggunaan internet seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan sebagainya.
a. BLOG
Membolehkan pelajar mempunyai kemahiran menggunakan sumber maklumat internet.
Meningkatkan motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen.
Merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik mendapat markah yang lebih baik dari pensyarah.
b. FACEBOOK
Kelebihan facebook : Mempunyai aplikasi chat, video call, upload foto, dan menyediakaan group untuk ahli tertentu.
Menghubungkan sesama pelajar atau dengan pensyarah yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran. Menggalakan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa.
Meningkatkan interaksi antara pensyarah/guru dengan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasakan web.
Dapat berkongsi nota-nota atau buah fikiran dari rakan-rakan yang lain di facebook.
Adalah salah satu laman web perkongsian gambar.
Digunakan untuk muat naik gambar, memberikan tag nama kepada gambar, melihat orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar.
Boleh membina set gambar untuk menyusun dengan mudah dan menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran berkomuniti.
Memberi peluang kepada pelajar yang menceburi bidang fotografi dan subjek seni.
c. TWITTER
Penggunaan twitter tidak perlu saling berutus e-mel atau pesanan sms.
Lingkungan hubungan dengan rakan-rakan twitter dapat diperluaskan.
10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
Gender: perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara lelaki dan perempuan.
Perbezaan bukan dari aspek dari biologikal tetapi juga melalui peranan meraka dalam perjanjian sosial.
Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan dan situasi di mana mereka berada.
Cth: Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. (sekarang)
Peranan: membela dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
Peranan: meningkatkan penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.
Peranan wanita adalah terhad kepada peranan pembantu ( supporting role) kepada kaum lelaki. (tradisional)
Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya dalam pendidikan pelajar lelaki dan wanit diberi peluang yang sama untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Wanita telah mendominasi sistem pendidikan di Malaysia.
Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh pelajar wanita.
Rancangan Malaysia ke-10, jumlah pemegang ijzah pertama dikuasai wanita.
Kegiatan yang negatif menyebabkan ramai pelajar lelaki yang tercicir dalam pendidikan.
Ramai dalam kalangan remaja lelaki yang terbabit dalam kegiatan negatif ditangkap dan diamsukkan ke pusat serenti dan penjara juvana.
Wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai kekukuhan kewangan. Oleh itu, lelaki zaman ini perlu berusaha lebih untuk mencapai taraf yang wanita inginkan.
No comments:
Post a Comment