Friday, September 30, 2016

BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

BAB 9: SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN


9.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

1) Pentaksiran Sumatif
2) Pentaksiran Formatif
3)Pentaksiran Berasaskan Prestasi
4) Prestasi Internal dan Eksternal


PENTAKSIRAN SUMATIF
     Pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari.

     Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan pula oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya.
     Contohnya PBS


PENTAKSIRAN FORMATIF

     Pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera

     Contohnya PBS

PENTAKSIRAN BERASASKAN PRESTASI

Terbahagi kepada dua jenis :

1) PENTAKSIRAN FORMAL( Ujian,kuiz dan esei dan diberikan markah)

2) PENTAKSIRAN TAK FORMAL(melalui kemahiran membaca, kebolehan dan perkembangan
 membaca dapat digambarkan)

     Sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan kepada pencapaian
     Bezanya ialah tugasan yang diberikan didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar
     Contohnya mengecat, memberi ucapan dan membaca



PENTAKSIRAN INTERNAL DAN EKSTERNAL
     Pentaksiran Internal: Ditentukan dan disemak oleh sekolah(guru)

     Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat

     Pentaksiran Eksternal: Ditentukan oleh sesuatu badan atau sindiket atau badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia

     Kertas pentaksiran ditandakan oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka

9.2 PERSEDIAN UNTUK PENTAKSIRAN

TUGASAN INDIVIDU




o Pelajar perlu mengumpul dan menyediakan nota yang baik
o Pelajar hendaklah membuat ulang kaji
o Pelajar hendaklah membuat, faham nota dan faham nota
o Pelajar hendaklah menyediakan perancangan untuk mengulang kaji

TUGASAN BERKUMPULAN





•1)Secara berkumpulan terokai tugasan yang diberi.Ketua kumpulan menentukan apakah tugasan (aspek-aspek pentaksiran yang perlu diterokai oleh ahli) untuk setiap ahli.  Elok jika kumpulan berbincang dahulu apa yang perlu dilakukan.

•2)Seterusnya bina satu fail projek peta minda pentaksiran, kemudiannya kongsi atau buat kolaboratif dengan ahli-ahli kumpulan .Ahli-ahli kumpulan secara kolaboratif akan melengkapkan peta minda tentang pentaksiran.

•3)Setelah siap, projek kumpulan dibentangkan di dalam kelas, untuk sesi perbincangan dan kritik



INTEGRITI PELAJAR
     Idea yang dipersembahkan haruslah tulen, ciptaan sendiri dan bukan mencuri atau mengambil dari individu lain

No comments:

Post a Comment