BAB 7: APLIKASI PENGGUNAAN PERISIAN KOMPUTER
7.1 PERISIAN UTILITI
DISC CLEAN UP
DISC DEFRAGMENTER
PERISIAN ANTI-VIRUS
SISTEM SOKONGAN (BACK UP )
UTILITI ARKIB (ARCHIEVE)
UTILITI PEMAMPATAN (compression)
UTILITI PENYULITAN (encryption)
7.2 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
Pemproses perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang, meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemproses perkataan merupakan perisian penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.
Pemproses perkataan merupakan keturunan dari alatan pemformatan teks (text formatting) awal (kadang-kadang dipanggil alatan justifikasi teks (text justification) sempena satu-satu kebolehan sebenarnya). Pemprosesan perkataan adalah salah satu daripada aplikasi-aplikasai terawal bagi komputer peribadi dalam produktiviti pejabat.
Microsoft Word merupakan sistem pemprosesan perkataan komputer yang paling laris digunakan; Microsoft menganggarkan bahawa lebih 500 juta orang menggunakan set Office. Selain itu, terdapat juga perisian penggunaan pemprosesan perkataan komersial yang lain, seperti WordPerfect. Perisian penggunaan sumber terbuka seperti OpenOffice Writer dan KWord turut makin popular.
7.3 PERISIAN HAMPARAN KERJA
Hamparan elektronik, hamparan kerja atau helaian rebak merupakan perisian komputer yang meniru helaian kerja kertas. Ia memaparkan banyak sel yang bersama membentuk grid yang terdiri dari baris dan jalur, setiap sel mengandungi sama ada teks angka abjad atau nilai nombor. Sel helaian kerja juga boleh mengandungi formula yang mentakrifkan bagaimana kandungan sel tersebut boleh dikira dari kandungan sel lain (atau gabungan sel-sel lain) setiap kali sel tersebut dikemas kini. Hamparan kerja sering kali digunakan bagi maklumat kewangan kerana keupayaannya bagi mengira semula keseluruhan hamparan secara automatik setiap kali perubahan dilakukan pada satu sel.
7.4 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Perisian persembahan seperti Microsoft PowerPoint membantu guru mengukuhkan sesi pengajaran, di samping menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran guru, misalnya dalam aktiviti tunjuk cara, mencerakinkan fakta, dan menjelaskan isi pelajaran. Perisian ini membolehkan guru memilih pelbagai corak teks, grafik, animasi, audio, dan video untuk diintegrasikan dalam membina slaid dan ditayangkan sebagai bantuan dalam sesi pengajaran berlangsung. Walau bagaimanapun, keberkesanan pengajaran dengan bantuan perisian persembahan masih bergantung pada kemahiran komunikasi guru.
7.5 PERISIAN PANGKALAN DATA
Pangkalan Data ialah sekumpulan data atau maklumat mengenai sesuatu topik atau tujuan tertentu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Ia disimpan sebagai satu sistem simpanan data yang tersusun dalam bentuk elektronik bagi memudahkan proses capaian oleh satu atau lebih aturcara penggunaan.
-Cth : sistem rekod pelajar-menyimpan maklumat peribadi sepertinama, ic dll.
7.6 BLOG
Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang lebih luas.
No comments:
Post a Comment